Masih ada permintaan bagi bakat teknologi di SG meski pemberhentian besar-besaran: Pengamat

BERITA Mediacorp

November 16, 2022

Original Source

Pertumbuhan gaji yang semakin merosot sudah dilihat dalam sektor berkenaan, kata Encik Adrian Goh, pengasas bersama platform bakat teknologi NodeFlair.

Menurut beliau kemerosotan itu ada kaitan dengan gabungan kelembapan dalam pembiayaan bagi syarikat pemula, pemberhentian pekerja dan pengambilan pekerja dibekukan serta pasaran mata wang kripto yang pesimis.

Beliau mengingatkan karyawan teknologi agar mengurangkan jangkaan mereka berhubung kenaikan gaji sambil menambah bahawa "perubahan minda perlu kerana kami bukan lagi dalam pasaran 'wang percuma' di mana syarikat bersaing untuk mendapatkan bakat.

Encik Goh menambah bahawa permintaan untuk bakat teknologi pada masa hadapan mungkin lebih bersifat "hibrid" dengan seorang pekerja menggalas beberapa tugas dalam satu-satu masa.